Selasa, 23 Jun 2009

Cerita Bestari

Cerita 1 - Balik dari kursus Bestari, semangat berkobar-kobar n tak sabar-sabar nak aplikasikan apa yang telah dikutip. Rakan-rakan pula saban waktu bertanya apa pengisian kursusnya. Puas juga la dok menerang kat dia orang. Tapi sikit terkilan, pihak pimpinan buat tak endah je, tanya pun tidak. Kalau gitu buat tak tau ja la. Yang pasti nak aplikasikan juga la, tak selalu pun jarang-jarang ok la. Janji buat jangan lupa terus.
Cerita 2 - Minggu selepas cuti, mula la pensyarah memantau. Kena hari Selasa, subjek tu tak ada, tapi terpaksa adakan juga la, dah dia nak tengok. Rata-rata pensyrah akan mula turun pada minggu ni, biasa la depa pun sibuk gak. Komen yang positif tu la nak dengar. Teguran negatif kalau boleh takyah la, menyakitkan hati je. Bukan orang nak ikut pun, buat tak tau ada la.

Jumaat, 29 Mei 2009

Minggu Cuti

Dah hampir 3 minggu balik dari kursus bestari. Rasa macam baru je. Teringat lagi la suasana kat tempat kursus. Camne sahabat yang lain, dah sejuk ke. Sekarang dah mula cuti pertengahan penggal pertama. Lepas cuti ni mungkin pensyarah akan keluar meronda ke sekolah la pulak. Siap sedia la wahai sahabat2 Bestari sekalian.

Rabu, 27 Mei 2009

Persembahan Video


Persembahan video ringkas untuk majlis penutup ini telah dihasilkan oleh Tok Batin Bestari dalam waktu yang tak berapa mengizinkan. Harap maaf.

Selasa, 26 Mei 2009

Tanya diri

Camna semua sahabat kursus Bestari sekarang. Tentu tengah bersemangat meneruskan kelas dengan elemen2 bestari yang telah dipelajari. Semoga ilmu yang dikutip selama sebulan tak hilang dari ingatan kita semua. Adakalanya kesibukan waktu menyebabkan kita sering terlupa hal yang telah dirancang.

Khamis, 21 Mei 2009

Sahabat Bestari



Ni la antara sahabat Bestari yang dalam kenangan setelah sebulan bersenda gurau bersama...hua...hua

Ahad, 10 Mei 2009

Salam Dari Pengurus Blog



A'kum dan salam sejahtera semua,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga kita sama-sama dapat merancakkan perkongsian ilmu dan maklumat di alam maya ini. Sesungguhnya kepesatan teknologi kini telah menyebabkan kita semakin mudah dan pantas untuk mencapai maklumat dan pengetahuan. Semuanya terletak di atas usaha dan keinginan kita. Marilah kita bersama-sama berlari seiringan dengan pertumbuhan teknologi ini. Semoga kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi ini. Selamat belayar...

Rabu, 6 Mei 2009

Video Bestari Kohot 1


Suasana kelas Bestari


Sahabat yang riuh dan ceria


Pembentangan Cemerlang


Perbincangan kumpulan


Jangan ganggu kaweee